Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sambutan Tahun Baharu Di Perancis sekali lagi dicemari dengan insiden pembakaran kereta di seluruh negara itu. Perkara itu dilaporkan oleh Menteri Dalam Perancis pada hari Ahad.
"Jumlah kereta yang dibakar menunjukkan bahawa insiden yang tidak boleh diterima ini masih wujud. Sebanyak 650 buah kereta dibakar (pada tahun ini) sedangkan sejumlah 602 kes seumpamanya dilaporkan pada tahun lepas," kata kementerian tersebut di dalam sebuah kenyataan.
Akan tetapi, kementerian itu turut melaporkan tentang tren penurunan insiden pembakaran kereta di negara itu. "Sepanjang 5 tahun lalu, bilangan kenderaan yang dibakar menurun sebanyak 20 peratus," kata kementerian yang sama. Insiden pembakaran kereta sudah menjadi kebiasaan di sana sejak rusuhan di kawasan pinggir bandar Perancis pada tahun 2005.
Keselamatan diperketatkan pada malam Tahun Baharu di seluruh Perancis dengan 100000 anggota polis, bomba dan para aktivis awam bertugas untuk mengelakkan sebarang bentuk kekacauan pada skala besar.
"Seramai 454 orang ditahan oleh pegawai polis dan gendarmes pada malam perayaan itu...," kata kementerian yang sama.
2 Januari 2017 - 05:33
News ID: 802163
Sambutan Tahun Baharu Di Perancis sekali lagi dicemari dengan insiden pembakaran 650 buah kereta di seluruh negara itu. Perkara itu dilaporkan oleh Menteri Dalam Perancis pada hari Ahad.